• Default Size
  • Decrease Text
  • Increase Text

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2019 (#HKK2019) kali ke-17 yang akan berlangsung selama 12 hari iaitu dari 28 Februari hingga 11 Mac 2019 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan turut diadakan serentak di pusat beli-belah mengikut zon negeri dan di hotel-hotel di sekitar Lembah Klang bermula dari 28 Februari hingga 31 Mac 2019.

Majlis perasmiannya akan diadakan pada 28 Februari 2019 (Khamis) mulai jam 10.00 pagi bertempat di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Kraf Kebangsaan diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam membangun dan memajukan industri kraf negara. Hari Kraf Kebangsaan pada tahun ini bakal berlangsung dengan membawakan tema ‘Memperkasa Komuniti Kraf’.  

‘Membudayakan Rakyat Dengan Seni Kraf’ pula telah dipilih sebagai konsep dalam HKK 2019. Konsep tersebut dipilih bagi menggalakkan penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dan gaya hidup masa kini. Fungsi dan kegunaan produk kraf dalam pelbagai aspek meliputi hiasan dalaman dan taman, perhiasan diri, kelengkapan rumah sehinggalah menjadi pelengkap kepada majlis keraian dan perayaan dalam masyarakat dan komuniti di negara ini.

Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk sama-sama menghebahkan acara ini kepada rakan-rakan industri pelancongan yang lain.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Norehan binti Ab Ghani di talian 03-2162 7459 samb. 317 atau emel kepada rehan@kraftangan.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *